Antara
aktiviti semasa MANIS:
PUSAT
PENDIDIKAN ISLAM
-
Sejak
ditubuhkan dan sehingga kini MANIS telah berperanan sebagai
pusat pengajian Islam secara tradisional. Ia bertempat di bangunan
sementara Madrasah, seperti alamat di atas. Pada tahun
ini sahaja terdapat seramai 30 orang pelajar sepenuh masa. Mereka
ini adalah anak-anak yatim, miskin, daif bahkan terbiar. Dengan
demikian bermakna segala usaha dan daya, MNI memberi pendidikan
percuma bahkan menanggung sepenuhnya segala keperluan hidup
mereka terutama daripada segi makan minum dan tempat tinggal.
-
MANIS
sekarang terdiri daripada tenaga pengajar sambilan. Sungguhpun
demikian pihak MANIS turut bertanggungjawab mengusahakan
habuan kepada mereka, sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan
asas, peribadi termasuk keluarga pelajar.
-
Adalah
dianggarkan lebih ramai lagi pelajar seperti di atas yang telah
dikenalpasti ratusan ribu untuk diselamatkan. Bagaimana pun
setakat ini kemampuan kami ada seramai 30 orang di atas akan
dibesarkan dari masa ke semasa.
PENERBITAN
BUKU-BUKU AGAMA
-
MANIS
merangkakan usaha penerbitan ini dengan tujuan sebagai salah
satu sumber ekonomi, di samping menyebarkan ilmu Islam. Ia dijangka dapat
menjadi sumber pendapatan yang kukuh memandangkan buku-buku
yang diterbitkan akan dijual terus kepada pengedar dengan harga
diskaun. Manakala pengedar akan membelinya secara tunai. Oleh
itu, ia dijangka memberi jaminan keuntungan (walaupun tidak
maksimum).
-
Usaha
ini sebenarnya memerlukan modal untuk menampung kos cetak dan
lainnya. Oleh kerana MANIS belum mempunyai kewangan yang cukup
bagi tujuan berkenaan, progaram ini belum dapat dilaksanakan.
Pada masa ini ada 10 buah buku dan kitab bahasa arab yang telah diterjemahkan
dalam bahasa melayu untuk diterbitkan sekiranya mempunyai kewangan
yang mencukupi. Peruntukan sebanyak kira-kira RM50,000.00
diperlukan untuk tujuan di atas.
KHIDMAT
PENGURUSAN QURBAN / AQIKAH
-
MANISI
juga menyediakan khidmat pengurusan kepada sesiapa sahaja yangh
berjahat untuk melakukan ibadat Qurban dan Aqiqah. Pada setiap
tahun MANIS
menyediakan korban dan aqiqah untuk masyarakat setempat. Daging
Qurban dan Aqiqah kemudiannya diagihkan kepada masyarakat Islam
yang berhak di ketiga-tiga wilayah. ( Yala, Pattani dan Narathiwat
). MANIS
juga menerima Qurban dan Aqiqah daripada masyarakat Islam
di luar Thailand seperti dari Malaysia. MANIS
mampu menguruskan urusan Qurban dan Aqiqah bagi 30 ekor lembu
dan kambing sekiranya mendapat tempahan.
PERKHIDMATAN
DAN PENGURUSAN
-
MANIS
menjalankan beberapa jenis perniagaan dan perkhidmatan bagi
menjana ekonomi semasa seperti sewa kereta, pertanian dan perternakan,
pengurusan haji dan umrah (Syarikat Ta a'un) perniagaan runcit
(Syarikat Nurul Tijarah).
|
|