 |
|
 |
-
MANIS
ditubuhkan atas kesedaran untuk membela terutama daripada segi
pendidikan kepada anak-anak yatim, miskin, dan yang terbiar.
Kemiskinan dari segi ekonomi tidak seharusnya menafikan anak-anak
tersebut untuk mendapat pendidikan dan peluang menjalani kehidupan
yang murni yakni kehidupan yang berlandaskan Islam.
-
MANIS
juga bakal dijadikan pusat aktiviti dan pusat giat kehidupan
anak-anak yatim, miskin dan terbiar, secara tidak langsung sebagai
tempat untuk mengasuh bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan
mereka terutama dari segi pekerjaan, agama dan ekonomi.
-
MANIS juga
dirancang sebagai pusat giat dan perkembangan kebudayaan Islam,
dengan menjadikan para pelajar dan yang mendapat pendidikan
di MANIS sebagai orang yang berilmu dan berwawasan.
Sekaligus juga sebagai pusat pendidikan agama umum kepada masyarakat
setempat termasuk golongan tua dan golongan muda. Pendidikan
itu termasuklah kelas-kelas agama yang diaturkan dari masa ke
semasa, juga kelas-kelas pengajian kitab seperti mana amalan
pendidikan tradisional.
|
|
| |
|
|