MANIS
telah diasaskan oleh Ustaz Hj. Mohamad Adnan b. Hj. Abdullah bersama
beberapa orang rakan sefahaman dengan sokongan masyarakat setempat
pada tahun 1417 Hijrah bersamaan 1998 Masehi. MANIS bertempat
di No. 55, Kampung Kekra, Daerah Raman, Yala Selatan Thailand
iaitu kira-kira 130 km dari Pekan Rantau Panjang, Kelantan. Ia
juga terletak 65km sebelum Pekan Pattani, 45km sebelum pekan Yala
atau 65km dari Pekan Narathiwat. Pada permulaannya, bangunan sekolah
hanya merupakan bangunan buloh dengan atap sagu yang dibina
sekadar termampu di atas sebidang tanah seluas kira-kira satu
ekar. Bangunan yang tidak sempurna inilah yang menjadi kelas kepada
18 orang pelajar. Ianya juga dilengkapi dengan sebuah mussalla.
Manakala kediaman pelajar merupakan pondok-pondok kecil yang dibina
berasingan dalam kawasan Madrasah.
Oleh
kerana pembinaan yang tidak begitu kemas, bangunan utama ini telah
runtuh pada tahun 2001. Bagaimanapun langkah-langkah segera telah
dilakukan dengan membina sekali lagi bangunan papan untuk menempatkan
kelas belajar dan musala di atas tapak bersebelahan. Dengan sebab
yang demikian, juga kami memikirkan untuk memantapkan lagi usaha
kebajikan ini. Saya dan rakan-rakan merancang untuk membina bangunan
kekal dan memperluaskan lagi kawasan madrasah.