| |
Kami
telah memikirkan begitu ramai anak-anak yatim terbiar dan mualaf-mualaf
yang tiada bimbingan, khususnya anak-anak Bangsa Melayu (Petani/Yala
dan Narathiwat) yang mana kehidupannya boleh dikatak terbiar dan
tiada bimbingan. Tambah menyedihkan lagi apabila memikirkan pendidikan
agama mereka untuk masa hadapan. Lebih mendukacitakan lagi ialah
keadaan semasa terutama daripada segi ekonomi, turut melemahkan
lagi keadaan oleh disebabkan masalah ini kami tidak mahu mereka
terlepas dalam pelajaran mereka.Kami
yakin dan percaya sudah tentu dikalangan kita semua menyedari keadaan
ini. Mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu seperti kesibukan
dengan tugas harian, tanggungjawab lain secara tidak langsung menjadikan
masa kita begitu terhad untuk membantu anak-anak yatim, miskin,
daif lagi terbiar. Atas dasar perihatin dan simpati kami dengan
ikhlas ingin membela nasib anak-anak ini sekadar yang termampu.
Ini lah yang menjadi sebab utama kami menubuhkan intitusi yang dinamakan
MADRASAH NURUL ISLAM ( MANIS ). |
|